~Welcome to my blog~


Pages

Tuesday, February 22, 2011

~ Lelaki Yang di Janjikan Syurga~

Pada suatu malam Nabi s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah.Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“ Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calaon penghuni syurga” kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga” kata Nabi s.a.w kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dam Abdullah bin Umar.Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.

Lelaki itu bukanlah seorang alim. Malah ibadatnya biasa saja. Dan tidak pula terlihat hal-hal istimewa pada dirinya selama ini. Malahan, ketika Nabi s.a.w memperkenalkannya tadi dia telah bersiap-siap hendak pulang ke rumah.Adakah Rasulullah hendak bergurau? Mustahil baginda berkata sesuatu andaikata baginda tidak mendapat wahyu.Maka ucapan Nabi pada malam itu pastilah berdasarkan wahyu dari Ilahi. Sebab hanya Ilahi asajalah yang berhak menentukan seseorang manusia itu masuk syurga atau neraka.

Dan yang lebih mengkagumkan para sahabat terhadap lelaki itu ialah kerana bukan malam itu sahaja Nabi menyatakan lelaki itu sebagai calon penghuni syurga.
Malah keesokan paginya apabila Nabi bertemu dengan para sahabat dia akan tetap menyatakan perkara yang sama.

Maka Abdullah bin Umar semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki itu. Adakah lelaki itu cuma berlagak seperti orang biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu beribadat kepada Allah s.w.t. Dan adakah dia begitu tulus sehingga tak sedikit pun daripada ibadatnya boleh diketahui orang.

Dan Abdullah bin Umar pula tak sanggup menahan keinginannya, apabila Nabi sekali lagi memperkanalkan lelaki itu sebagai calon ahli syurga.Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isyak pada malam itu Abdullah bin Umar mengikut lelaki itu dari belakang keluar dari masjid. Lelaki itu berasa hairan melihat telatah Abdullah lantas dia pun bertanya:

“Saya ingin menginap di rumah saudara malam ini.Apakah saudara sudi menerima saya sebagai tamu selama tiga malam”, tanya Abdullah.

“Sungguh besar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya” sahut lelaki itu kehairanan.

“Apakah saudara benar-benar hendak bermalam di rumah saya” tanya lelaki itu lagi untuk mendapatkan kepastian.

“Sungguh, memang saya ingin bermalam di rumah saudara. Rasullulah telah memperkenalkan saudara sebagai orang yang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya pun ingin masuk syurga”, jawab Abdullah.

“Tapi, saya tidak ada ibadat lain selain dari apa yang saudara saksikan” jelas lelaki itu lagi.

“Tapi saya ingin menginap di rumah saudara.”

“Kalau begitu silalah ke rumah saya” balas lelaki itu lagi.

Abdullah bin Umar yakin dia akan menyelidiki ibadat lelaki itu. Sebaik sahaja dia sampai di rumah lelaki pada malam itu, dia terus meminta izin untuk tidur lebih awal.Ini kerana dia hendak mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia berpura-pura tidur tetapi dia sendiri tidak mengantuk. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya secara berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik, Abdullah telah mengintip lelaki itu tiga hari tiga malam tanpa tidur, tetapi tidak ada suatu pun istimewa yang dilihatnya.Lelaki itu tidak pernah berzikir, membaca Quran bahkan dia juga tidak bangun bersembahyang tahajud yang sangat disukai Rasulullah.

Pada malam pertama sejak Abdullah membaringkan diri, lelaki itu turut baring di sebelahnya. Tetapi semasa Abdullah berpura tidur dilihatnya lelaki itu telah benar nyenyak.

Tetapi tatkala dia terjaga tengah malam saya perhatikan apa yang dilakukan oleh lelaki itu,” kata Abdullah bin Umar.

“Apa yang saudara saksikan” tanya Anas.
Sangkaan saya meleset, saya sangka dia akan melakukan pelbagai ibadat rupanya dia cuma bangun sekadar membalikkan badannya dan setelah itu dia mengucapkan “Ya Allah” kemudian dia tidur semula’ jawab Abdullah.

“Pada malam kedua bagaimana” tanya Anas lagi.
“Pada malam kedua pun dia terbangun tengah malam dan setelah menyebut nama Allah dia kembali tidur semula.”

“Dan malam ketiga pula bagaimana” tanya Anas inginkan kepastian, “Malam ketiga pun dia tidak melakukan apa-apa, tidak ada bezanya diantara malam pertama dan kedua,”
Tapi Abdullah bin Umar menduga boleh jadi lelaki itu tidak melakukan pelbagai ibadat kerana jiwanya teramat ikhlas.Maka sebelum dia meninggalkan rumah lelaki itu, Abdullah pun bertanya:

“Wahai saudaraku, saya ingin sekali mengetahui ibadatmu.Sudilah kiranya saudara menerangkan hal-hal yang boleh pula membawa saya ke syurga,”

“Tidak ada ibadat saya selain daripada apa yangsaudara saksikan” jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki itu, Abdullah pun tidak bertanya lagi. Setelah itu dia pun mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah sudi menerimanya sebagai tetamu selama tiga malam.Tetapi sebelum Abdullah pergi dari situ, lelaki itu memanggilnya seraya berkata:

“Saudara ..memang tiada ibadatku selain daripada apa yang saudara saksikan dengan mata dan kepala saudara sendiri.Tetapi di samping itu, saya tidak pernah iri hati terhadap sesiapa pun, jelas lelaki itu ringkas.

Merah padam muka Abdullah bin Umar mendengar pengakuan lelaki itu. Sikapnya selama tiga malam berturut-turut jelas memperlihatkan betapa iri hatinya dia terhadap lelaki tersebut.

Dia meminta maaf kepada lelaki tersebut dan berjanji akan mempertingkat bukan sahaja ibadat malah sikapnya itu sendiri yang masih lemah. Dia juga gembira kerana turut mendapat pengajaran yang sangat berguna pada hari itu.

Lelaki itu dijanjikan Allah syurga hanya kerana satu alasan, dia langsung tiada perasaan iri hati dan buruk sangka kepada orang lain.
Kita pula bagaimana? Sikap irihati, cemburu mahupun dengki memang tidak boleh lari dari kehidupan seharian kita. Apabila melihat seseorang berjaya, mula lah kita tidak senang duduk. Perasaan cemburu membuak-buak dalam diri kita. Aku belajar bukan main nak rak lagi, dia relax je, tapi kenapa dia dapat keputusan tinggi dari aku? Aku kerja bukan main rajin lagi, dia goyang-goyang kaki je,tapi kenapa dia pula yang naik pangkat? Itulah inilah. Macam-macam yang keluar dari mulut kita kan. Sedar tidak sedar, hidup kita telah diracuni oleh perasaan cemburu itu sendiri. Dalam akhbar, terpampang muka depan, isteri dibunuh oleh suami, isteri terjun bangunan disebabkan suami curang, anak perempuan dilarikan kekasih lama, macam-macam lagilah berita yang terpapar. Semua hanya kerana satu sebab. Cemburu. Bukan itu saja, filem mahupun drama-drama tempatan, semuanya menyelitkan unsur cemburu sebagai plot utama. Watak jahat timbul kerana cemburu kepada watak baik.Tidak kiralah kehidupan seharian ataupun di pejabat. Maka bermula unsur khianat, sabotaj, pergaduhan adik beradik dll. Mmg senang hendak meramal filem melayu bagaimana. Kalau tiada unsur cemburu memang kelihatan janggal. Sesungguhnya sifat cemburu memang susah untuk dibuang dalam diri kita. Tapi kalau berusaha untuk membuangnya dari sehari ke sehari memang tidak mustahil sifat cemburu boleh hilang kan

Monday, February 21, 2011

~Bertemu Cinta~

Bertemu cinta membuatku bahagia…
Bertemu cinta membuatku terharu…
Bertemu cinta membuatku menangis…
Bertemu cinta membuatku jadi tak keruan
Semuanya kerana CINTA…
Cinta..tahukah…
Cintalah yang telah membuat diri lebih kenal watak manusia…
Cinta membuatkanku lebih kenal IMAN…
Cinta membuatku lebih mengenali penciptaku Yang Maha Satu..
Ya Rabbi…
Cinta yang telah Kau berikan ini telah menjanakan kehidupanku..
Menjana diri annabadi dalam meneruskan matlamatnya…
Menjana semangatnya agar terus betah dalam liku ad-deen
Bertemu cinta…
Membuatkan JIWA jadi HIDUP…
Hidup bersama setiap helaan nafasnya hanya untukNYA…
Hidup bersama setiap detik nadinya untuk KEKASIH Yang Satu…
Bertemu cinta..
Terkadang membuat diri lupa tentang kehidupan yang dulu…
Yang banyak mengajar tentang KEHIDUPAN…
Bertemu cinta…
Membuatkan diri sentiasa ingat akan matlamatnya
dalam menjalani kehidupannya sebagai
KHALIFAH yang tak pernah lari dari khilaf yang tak disedari..
Bertemu cinta…
Membuatkan kehidupan menjadi lebih BERMAKNA..
Bertemu cinta..
Membuatkan diri ingat pada siapa dirinya..
Ingat pada siapa di sekelilingnya..
Ingat pada yang menyayangi dirinya..
Dan ingat pada yang disayangi..
Bertemu cinta..
Membuatkan hidup lebih terarah dalam
mengejar matalamat yang SATU..
Menuju CINTA HAKIKI…
Menuju kehidupan yang ABADI..
Ya Rabbul ‘izzati…
Sungguh diri bersyukur kerana Kau temukanku
dengan CINTA yang kudambakan redha dariMU

Wednesday, February 16, 2011

~ Esaimen Oh Esaimen:( ~

.......aduiii x pernah2 rase sesusah ni nk wat esaimen...amalgamasi?  berikan ku kekuatan ya Allah...
                

Tuesday, February 15, 2011

~Gadis Berjilbab Itu~

Gadis berbalut jilbab yang anggun
Matanya seakan menarik sejuta pesona
Senyumnya seakan dekat dengan malaikat
Suaranya seperti bidadari yang mengagungkan syair cinta Rosululloh

Gadis itu duduk sendiri melihat hujan malam itu

Diam tanpa menghiraukan lingkungannya
Aku terpaku diantara anak muda yang menunggu hujan reda
Melihat Gadis itu mencari erti yang dimaksud

Aku tak tahan melihat dia

Mengertikan apa yang terselit dihatinya
Aku hanya bisa membisikkan ”lihatlah aku yang merindukanmu”
Namun angin pun tak sanggup menembus rinduku untuknya

Andai dia tahu hujan adalah perwakilan air mataku

Mungkin dia akan kasihan atau malah sebaliknya
Andai dia membenciku aku tak akan membencinya
Aku akan berdoa untuknya meskipun aku hamba yang perlu didoakan

Semakin lama aku melihat gadis anggun itu

Perasaan halus ini tak mampu menahan rintihan kesedihan
Aku pun pergi meninggalkan tempat itu tanpa sedikitpun memandangnya
Walau dihatiku merasa ”dia membenciku”

Aku berlari melawan hujan mengejar arah tak pasti

Dua kalimat aku adu ke langit yang meneteskan hujan
Ya Robb jikalau ini kurnia dekatkanlah aku dengan dia
Ya Robb jikalau ini cubaan, maka berilah kesabaran dan keikhlasan tanpa batas

Aku tak mau menyelaminya lebih dalam

Hatiku akan kukembalikan ke khittahnya
Cukup aku mengaguminya rasanya sudah cukup
Cukup aku melihatnya setiap hari itu sudah cukup

Aku tersadar aku tak boleh berharap lebih

Yang kuharap hanya ampunanMU, redhaMU
Ya Allah penguasa alam semesta
Berikan aku kesadaran yang terlampau buta akan cinta dunia

 

Saturday, February 12, 2011

~Bercerita Tentang Jodoh~

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”


Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, guna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
*********************************************

Layyinulharir:
Semoga kita menjadi orang y baik, dan dipertemukan Allah dengan org y baik..Semoga suami kita y soleh  itu bakal menjadi pemimpin kita merintis jalan menuju syurga Allah dan isteri y solehah itu bakal menjadi pembantu sang suami mendidik anak-anak mengenal Allah..
"Rabbana min azwajina wazurriyyatina Qurrata a'yun. waj'alna lil muttagina imama. amin.."
Allah lebih mengetahui bila kita telah benar2 bersedia...maka, kita buat persiapan y rapi sblum tiba saatnya..

Monday, February 7, 2011

~ .................... ~

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku nanti adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku nanti adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku nanti adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku nanti adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku nanti jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku nanti ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku nanti tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku nanti tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku nanti menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..